Assalamualaikum ..
Aku hanya-lah insan biasa yg bisa melakukan kesalahan bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan orang disekelilingku. Siapa diriku, tidak perlu ku hebohkan. Yang pasti, diriku hanya-lah hamba Allah yg lemah dan selalu leka dengan nikmat yg diberikan oleh-Nya. Diriku hanya-lah hamba-Nya yg kerdil. Inginku menjadi wanita yg solehah dan hidupku deberkati oleh-Nya. Diriku yg kesepian tanpa orang disekelilingku. Hanya Dia yg sentiasa berada disisiku setiap waktu, masa dan saat.
Siapa-lah aku? Selalu disisih oleh orang sekeliling yg berada dekatku. Kenapa? Tetapi tidak perluku risaukan kerana Allah sentiasa denganku. Aku sahaja yg selalu leka dan tidak mensyukuri dengan nikmat yg telah diberikan oleh-Nya. Semoga hari ini dan seterusnya akan menjadi hari yg lebih baik untukku hadapi ujian dari-Mu.
Aku.. Manusia biasa, yg diciptakan satu perasaan untuk mencintai kaum Adam. Tidak bisaku menolak. Tetapi akanku cuba untuk menepis segala perasaan ini. Kerana diusia ini, aku hanya perlu memikirkan PELAJARAN untukku menjadi insan yang berguna dimasa hadapan. Supaya aku dapat membalas jasa kedua ibubapaku. Mereka yg telah membesarkanku dengan penuh kasih sayang. Ditatang bagai minyak yang penuh. Inginku buktikan kepada mereka bahawa aku bisa menjadi anak yg berjaya dan solehah. Amiinn.
Sahabat -
Sesungguhnya aku ingin mereka mengetahui, aku sangat menyayangi mereka, tanpa mereka dengan siapa-lah harusku kongsi segala masalahku? Setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya. Tanpa sahabatku juga, mana mungkin bisaku ketawa, melalui hari-hariku dengan indah di sekolah dan dirumah. Walaupun terkadang kita selalu bergaduh, bermasam muka, tetapi kalian adalah SAHABAT yg terbaik untukku. Terima kasih Allah. Aku bersyukur kepada-Mu. Terima kasih atas nikmat yg telah Kau berikan :)
Wassalam ..
Friday, 8 April 2011
Diriku ..
Ikhlas,
Luahan hati seorang hamba Allah :)
Posted by Nur at 02:19
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment